Setiap kali bila kita ditanya bila nak pergi menunaikan haji...jawapan kita a
dalah tunggu bila sampai seru. Tapi bagi aku...seru dah lama ada. Zaman Nabi Ibrahim dulu lagi. Cuma manusia ni memang suka cari alasan untuk tak nak menunaikan haji. Bukan sukar nak menunaikan haji. Ianya satu perjalanan mencari rahmat Allah. Bagi mereka yang telah menunaikan haji, ianya adalah satu perjalanan yang begitu nikmat. Sesuatu yang amat sukar digambarkan betapa kita berada di rumah Allah dan menjadi tetamu istimewa. Bayangkan kita dipandang oleh Allah sentiasa bila berada di dalam Masjidil Haram di Mekah. Sememangnya menunaikan haji begitu menyeronokkan bagi mereka yang faham akan rukun islam yang ke 5 ini . Bermula dari rumah menuju ke Kelana Jaya lantas dibawa umpama VIP ke KLIA di kegelapan malam diiringi peronda polis. Sememangnya itu layanan yang patut kita terima sebagai tetamu istimewa Allah. Setiap langkah mendapat perhatian mereka yang bertugas baik petugas haji mahupun sesiapa sahaja yang membantu jemaah haji. Pahala bagi semua yang memudahkan perjalanan jemaah haji. Berlepas dari KLIA menuju Jeddah dalam pesawat yang ditempah khas. Semuanya istimewa ibarat pembesar. Sampai di Jeddah, dibantu untuk menyelesaikan urusan imigresen. Begitu terharu bila Allah mengizinkan kita menjejak kaki kebumi tanah arab. Lantas meneruskan perjalanan ke Mekah menaiki bas. Perjalanan lebih kurang 7 jam....