Selasa, 2 November 2010

2 Nov 2010

Isteri ku berangkat ke Mekah.

Ahad, 10 Oktober 2010

10.10.10

projek hari ini menjadi....pepagi lagi dah bangun dan mula mengecat rumah. Siap tengahari.

Sabtu, 25 September 2010

11 Syawal 1431H

Pepagi aku berangkat ke KLIA...ada program di Pan Pacific KLIA. Satu hari berada di sana. Petang lepas program, balik rumah. Mulanya nak balik office tapi kansel.

Ahad, 19 September 2010

10 Syawal 1431H

Ahad...sudah 10 hari Syawal. Desas desus mengatakan orang kampung nak datang KL tidak jelas. Cubaan untuk mengesahkan berita samada datang atau tidak gagal. Telepon sana sini tapi tak ada orang angkat. Last sekali call sister kat Rembau tanya jadi datang ker? Akhirnya ...tidak ada rombongan dari kampung. Aku dan isteri lantas ke Saujana Utama menanam pokok cempedak. Tetiba ada panggilan anak saudara yang nak datang rumah bersama mak dari Rembau. Terus balik rumah selepas membeli barang di pasaraya SU. Masakan isteri...kari daging (daging keras lak), sambal ikan bilis tempoyak, pecal, telur goreng dan ikan goreng special. Lepas makan, rombongan bergerak di rumah Kak Long di Merbau Sempak. Jam dah pukul 3.30 petang lantas bergerak ke Rawang menghantar Aiman ke sekolahnya. Balik rumah sembahyang Asar dan terus ke Selayang Mall mencari beg untuk isteri.

Jumaat, 17 September 2010

9 Syawal 1431H

Sabtu....belum ada rancangan lagi. Sebelah petang, ke Balakong untuk kerumah EE. Pulun mee goreng dan terus ke Wangsa Maju. Tapi tuan rumah tiada selepas naik lif 19 tingkat (saje naik tinggi walaupun rumah nya di tingkat 5 sahaja). Balik rumah.

8 Syawal 1431H

Aku kerja tapi mood raya...petang ada meeting di KLCC.

7 Syawal 1431H

Dah seminggu Raya dan hari ni cuti umum. Hari Malaysia. Kakak dari Melaka datang selepas kawan semasa di Mekah bertandang ke rumah. Masakan istemewa isteriku...daging salai masak lemak cili api campur mangga, sambal udang, pecal, ikan goreng...sambal belacan...budu! waaa... bestnya aku makan.

6 Syawal 1431H

Hari Rabu dan aku masih bercuti. Anak saudara, Yazid dan keluarga datang rumah dekat nak maghrib.

5 Syawal 1431H

Perjalanan jauh menghantar anak anak ku balik Kuala Kangsar dan Kulim. Hampir 10 jam memandu Honda...satu kepuasan. Sampai rumah pukul 6.30 petang.

4 Syawal 1431H

Anak saudara datang melawat Pak Su....Memang tak pernah dia ni satu keluarga datang rumah. Rumah mak dia di Merbau Sempak pun dah dua tahun raya tak balik. Krisis!

3 Syawal 1431H

Balik le Kuala Lumpur....ke Putrajaya rumah Kak Long yang ada open house. Makan kenyang nasi beriyani dan kari.

2 Syawal 1431H

Beraya di Raub...tak kemana pun cuma ke rumah kawan mak mertua di Sega. Petang lepak kat rumah.

1 Syawal 1431H

Beraya di kampung aku di Rembau....aku dan keluarga sampai pada hari Khamis sebelum 1 Syawal. Masak lemang dan rendang bersama mak. Anak anak pun sibuk membantu dan tak lupa salai daging. Di pagi raya semua ahli keluarga sembahyang raya di Masjid Jamik Rembau. Masakan isteri menjadi kegemaran anak anak saudara dan cucu cucu....aku sudah bercucu. Atuk Su! Pukul satu bertolak ke kampung isteri di Raub. Sampai rumah mertua pukul 4.30 petang. Sebelum tu singgah di Bandar Sri Damansara uruskan kucing-kucing yang tinggal. Malam tu buat kenduri doa selamat dan tahlil. Anak dan anak saudara nak periksa SPM dan PMR.

Sabtu, 4 September 2010

25 Ramadhan

dah 25 ramadhan hari ini....sabtu. esok dan seterusnya cuma tinggal 5 hari sahaja lagi. insya Allah..ramadhan akan datang lagi tahun depan. dan aku insya Allah akan bertemu ramadhan tahun depan.


28 ogos 2010.....semua anak anak ada dirumah. Berbuka puasa seisi keluarga.

Sabtu, 24 Julai 2010

hari ini buat di SU untuk 'house inspection'...... selapas itu balik rumah dan sebelah petang ke pasar tani.

Selasa, 11 Mei 2010

Tengoklah sendiri.

Apa jawapan nya. Dia tidak dapat melihat anusnya sendiri. Memanglah manusia tak boleh tengok anusnya sendiri. kalau boleh tengok anus sendiri.....sendiri boleh buat pemeriksaan samada ada kesan atau tidak.. tak payah nak pergi jumpa doktor. itu tak payah tanya pada tuan yang bijaksana pun. budak kecil berhingus pun boleh jawap. aku suka bentuk hiburan macam ni.

Sabtu, 24 April 2010

Anwar Ibrahim


Seorang pemimpin yang dikagumi
diseluruh dunia.

Undilah PKR


esok mengundi di hulu selangor...insya Allah, aku yakin PKR akan menang. AllahuAkbar!

Jumaat, 23 April 2010

kekawan aku...

aku ingat pada satu hari masa aku kecil dulu aku lalu kat kuala kubu..tiba tiba tiga budak datang kat aku...dia orang kata nama mereka 'kamal', 'alan' dan 'nathan'. aku tengok perangai mereka sama sahaja. bila sorang tersenggeh yang dua orang lagi pun senggeh. mereka kata nak kawan ngan aku. aku tanya pada si 'kamal' ni ..dah sunat ker sebab masa tu aku dah sunat. si 'kamal' tersenggeh kata belum lagi. yang dua ekor si 'alan' dan si 'nathan' ni mesti tak sunat punya. cehhhh...buat apa aku nak kawan ngan bebudak yang masih berkulup lagi. kalau 'kepala' tak bersih satu badan pun tak bersih. kemudian datang seorang budak lelaki lain dan beritahu yang dia dah sunat.. yang ini bagus sebab kalau kepala bersih badan pun bersih...fikiran pun ikut bersih. jadi aku kawan yang budak ni yang nama nya zaid.

kuala kubu

esok pepagi aku nak masuk kuala kubu....asalkan aku dapat kibar bendera, aku puas hati. Aku mesti kempen....walaupun tak dapat hari-hari dapat sekejab pun jadi. aku bangga bawa bendera aku yang warna hijau dan warna biru/putih (mata lah).

Sabtu, 17 April 2010

Isteri ku yang rajin..

aku : ummi....lai chee kang satu! sejuk punya
isteri : haaahh...apa dia! tak dengar
aku : lai chee kang sejuk satu!
isteri : yea la...

hari ini isteri pagi petang duduk kat Masjid Al Mukarramah, Bandar Sri Damansara. Pagi ada kelas pengajian hadis 40 oleh Ustaz Fahmi. Petang hadir untuk kursus haji. Lepas tu aku hantar melawat anak di SBPI Rawang. Dari Rawang terus ke Pasar Tani Paya Jaras membeli stok bekalan makanan. Sampai rumah kemas barangan tersebut dan lantas naik atas untuk sembahyang maghrib. Aku? Makan nasi.

Jumaat, 26 Mac 2010

Perjalanan haji

Setiap kali bila kita ditanya bila nak pergi menunaikan haji...jawapan kita adalah tunggu bila sampai seru. Tapi bagi aku...seru dah lama ada. Zaman Nabi Ibrahim dulu lagi. Cuma manusia ni memang suka cari alasan untuk tak nak menunaikan haji. Bukan sukar nak menunaikan haji. Ianya satu perjalanan mencari rahmat Allah. Bagi mereka yang telah menunaikan haji, ianya adalah satu perjalanan yang begitu nikmat. Sesuatu yang amat sukar digambarkan betapa kita berada di rumah Allah dan menjadi tetamu istimewa. Bayangkan kita dipandang oleh Allah sentiasa bila berada di dalam Masjidil Haram di Mekah. Sememangnya menunaikan haji begitu menyeronokkan bagi mereka yang faham akan rukun islam yang ke 5 ini . Bermula dari rumah menuju ke Kelana Jaya lantas dibawa umpama VIP ke KLIA di kegelapan malam diiringi peronda polis. Sememangnya itu layanan yang patut kita terima sebagai tetamu istimewa Allah. Setiap langkah mendapat perhatian mereka yang bertugas baik petugas haji mahupun sesiapa sahaja yang membantu jemaah haji. Pahala bagi semua yang memudahkan perjalanan jemaah haji. Berlepas dari KLIA menuju Jeddah dalam pesawat yang ditempah khas. Semuanya istimewa ibarat pembesar. Sampai di Jeddah, dibantu untuk menyelesaikan urusan imigresen. Begitu terharu bila Allah mengizinkan kita menjejak kaki kebumi tanah arab. Lantas meneruskan perjalanan ke Mekah menaiki bas. Perjalanan lebih kurang 7 jam....

Sabtu, 20 Mac 2010

Perjalanan ke Batu Rakit

Hari ini aku akan bertolak untuk ke Batu Rakit Terengganu. Urusan pejabat. Tapi rasa macam malas nak berjalan jauh...

Jumaat, 19 Mac 2010

kursus haji...

sabtu....semalam aku cuti. hantar aiman balik ke sokolah nya di rawang. Lepas tu antar mak balik kampung. Hari ini pagi aku buat kerja kemas rumah...longkang depan dan depan umah. Lepas tu pergi jemputan kahwin di bangi. Makan nasi beriyani dan lauk yg begitu sedap lagi. Hj sulaiman dan jumpa haji rahim. Lepas tu balik dan antar isteri pergi kursus haji di masjid al mukarramah bandar sri damansara. Aku pun ikut dan dengar apa ustaz cerita hari ini.
aku masih lagi 'panas hati'..........

Sabtu, 13 Mac 2010

Hujung minggu...

Hujung minggu cuti sekolah.....
Sabtu datang lagi dan pagi ini ashraf dan ajwad bersama bersarapan di Restoran Kasturi. Aku tidak berselera untuk makan makanan yang 'heavy' pagi ini lantas pekena dua biji kuih cucur badak dan sebijik karipap. Anak aku sepertia biasa akan makan kuey tiaw goreng. Selepas sarapan lantas menghantar ajwad ke sekolah untul kelas karate. Terus ke Shah Alam untuk hantar ashraf ke rumah kawannya untuk siapkan 'project' sekolah nya. Dalam kereta aku 'activate'kan GPS tapi isteri membebel jangan buang duit. Lantas aku tutup. Sampai Shah Alam cari Seksyen 8....pusing sikit dan jumpa rumah.
Teringat member lama Ismail Aziz yang tinggal di sana. Aku teringat yang rumah dia bawah bukit istana. Terus masuk simpang selepas bulatan tapi hampa...rumah banglo pulak. Sudah tukar ka kawasan ni. Salah masuk rupanya. Masuk simpang lain dan jumpa jalan tarian. Sah memang betul jalan ini. Ismail Aziz, Jalan Dabus 11/2D, Jalan Dabus, 40000 Shah Alam. Tinggalkan nota selepas dia tidak lagi tinggal di rumah itu (itu yang diberitahu bila dia talipon aku dalam 20 minit selepas itu). Dia sekarang 'contract' jaga cucu 3 orang di Seksyen 7. Nasib badan la. Tapi seronok juga selepas bersara.
Hari ini kene pergi Mydin untuk cari bekalan makanan yang akan bertambah bila musim cuti sekolah. Maklumlah anak anak semua ada di rumah. Habis juga lah lebih RM400.00 beli barangan. Selepas makan tengahari, hantar isteri ke kursus haji bersiri di Masjid Al Mukarramah, Bandar Sri Damansara. Semoga Allah mengizinkan isteri ke Mekah menunaikan haji tahun ini. Amin. Anak aku Farhah bermimpi yang aku dan isteri ke Mekah menunaikan haji tahun ini. Insya Allah. Lepas Asar, ke rumah Kak Long di Putrajaya menghantar ashraf. Malamnya mendengar ceramah oleh Dr Danial atas tajuk "Islam & Sains".
Satu hari yang penuh dengan aktiviti.

Jumaat, 12 Mac 2010

Bersangka baik.

Malam ni sesuatu yang mengeletek hati aku berlaku....selesai aku membeli barang di The Store aku lantas turun ke bawah dan saje bersiri kat depan kedai tu. Tetiba aku perasan nyonya yang pernah tinggal sebelah rumah aku di Sri Damansara. Terus aje dia beritahu yang dia baru sahaja 'stop' kat 'shop' aku....."Shop'! Bila masa yang aku ada kedai. Dia bagitahu aku yang tadi dia cari buku kat kedai dan budak yang jaga kedai tu tak bagi dia buat salinan buku teks. Dia ingat aku sebagai 'boss' boleh bagi la. Memang eloklah dia dapat jumpa aku. Tapi aku selamba layan nyonya dan bagitahu memang tak boleh buat 'xerox' ....polisi kedai! Yea la ...aku ingat nyonya ni 'confius' aku dengan tokeh kedai tu agaknya. Aku malas nak layan lagi dah.. Kang dia perasan lak aku bukan tokeh kedai tu. Aku pun angkat kaki masuk kedai tu balik. Tokeh kedai buku Padi Mas tu memang untung banyak...aku doakan.

Rabu, 10 Mac 2010

Cuti sekolah datang nanti.

Minggu depan cuti sekolah. seminggu anak-anak akan ada dirumah. sememangnya aku seronok kalau anak-anak da kat rumah. taklah sunyi rumah. tambahan pulak Gerber dah pergi...lagi la sunyi. kalau Gerber ada dengar juga bunyi roda bila dia 'exercise'. Gerbie pun tak ada dah...pelik aku apsal dua-dua mati. jadi kekadang panggil....Gerber! macam dia ada lagi. ahhh...apa nak buat dah sampai masa. Jadi weekend ini akan mula sibuk dan haru biru balik kat rumah. bekalan makanan akan bertambah..yea la 'kitchen' akan 'OPEN' extended hour. yand pasti telur mesti cepat habis. Dan hostel akan dibuka kembali. Tiada rancangan setakat ini. cuti pun tak tahu lagi. mungkin duduk rumah sahaja. ataupun bawa anak-anak pergi mandi sungai ka atau mandi laut....Port Dickson atau Gold Coast, Sepang. Tapi yang pastinya isteri ku memang suka kalau Farhah ada rumah sebab dia rajin memasak. Isteri boleh 'take a break in cooking'.

Sabtu, 6 Mac 2010

Pertanian itu perniagaan

Pusat semaian mini dibelakang rumah. Pokok terung dan cili adalah permulaan projek menanam sayur.
Taman dan kebun mini dibelakang rumah memberikan ketenangan jiwa diwaktu pagi. Hijauan pokok yang hidup subur walaupun dalam pasu.

Hujung minggu

Hujung minggu ini, routine macam biasa. Pekena nasi goreng kat Restoran Kasturi bersama isteri. Hujan yang lebat pagi ini tidak melengahkan manusia lain untuk sampai menjamu selera. Makcik kedai tu cakap...biasa la. Awal bulan bila poket penuh. Tunggulah tengah bulan nanti nak dapat duit kertas singgit pun susah. La ni semua dok kuar duit RM50. Lepas breakfast, isteri ajak pergi tengok rumah kat SU. Biasa la rumah dah nak siap. Tambahan pulak ramai yang dah pindah kat kawasan tu. Makin tak sabar nak duduk kat situ....
Lepas SU pergi Merbau Sempak rumah Kak Long aku. Mak aku dah seminggu duduk kat sana. Sampai sana cuba tolong abang ipar 'start' mesin potong rumput. Berpeluh tapi haram enjin tak hidup. Memang dah 'KO' mesin tu. Masuk dalam rumah...depa kata aku gemuk. Biarkan...aku bahagia.
Dalam perjalanan balik singgah kat kedai amoi beli mesin potong rumput milik aku. Nak bikin projek potong rumput rumak mak mertua aku kat Raub.
Balik singgah pekena rojak kat Kabir, isteri makan nasi ayam kat Mat Sup Corner. Siap bungkus untuk anak aku. Berpeluh lagi bila makan. Aku memang banyak 'lemak'.
Balik umah aku 'assemble' mesin tu. Satu jam baru siap dan aku berpeluh sakan. Memang banyak 'lemak' dalam badan cair hari ini.
Petang, hantar isteri pergi pasar tani. Aku siap 'maki' perempuan yang jual ikan tu bila sibuk tanya ada duit kecik bila isteri aku hulur RM50 nak bayar harga ikan RM10. Aku memang 'hangin' kalau orang tanya duit kecik bila jual barang.
Petang tadi aku dan isteri 'jogging' sambil berborak. Tetiba langit gelap dan kami berlari balik rumah. Hujan turun lebat lagi. Memang hari ini aku banyak 'berpeluh'. Esok Ahad dan routine biasa lagi.

Lompat si katak lompat

ari ni sekor lagi katak lompat
tapi yang sekor ni kena tendang dulu sebelum lompat
selalunya katak macam ni katak 'sondol'
dah kena sondol mahu nak lompat
tapi sebelum ni bunyi punyalah bising
ongg sana....onggg sini tapi tak ada hasil
eloklah katak sekor ni kena sondol keluar
memekak dalam rumah aje
hujan makin lebat juga...

Aku nak orang lain fikir macam aku jugak...

"dia tu tak boleh nak fikir ke?"
"apsal dia tak nak fikir perasaan orang lain?'
"kalau kena kat dia apa dia rasa?"
kau perasan tak yang dalam apa yang diperkatakan di atas banyak sebut pasal "dia"
ada tak kita cakap "apa yang aku boleh buat"
ada tak kita cakap "mungkin aku tak betul kot"
"mungkin dia rasa ada yang tak kena dengan aku kot"
"aku ni mungkin tidak memenuhi cita rasa dia"
"aku ni agaknya tak faham dia"

Jadi kita kena melihat diri kita. kekadang kita kena baiki diri kita jugak...
apa pun...lihat dalam diri kita.
baru kita faham orang lain!
Dengar citer dua belah pihak...pas tu buat keputusan!

Jumaat, 5 Mac 2010

Get in shape!

Cycling.....that would be my next 'hobby'. In a desire to have a good health particularly to shape my 'tummy'; i thought cycling is the way to make it happen. Talked to Faizal and he said 'cycling' is his way to make himself occupied; he is no longer an 'avid golfer' but now spend his time with the 'Otai' cycling his RM3K mountain bike. What? A RM3K bike! Are you crazy? I used to own a RM200 racing bike last time and that was the most expensive bike i had. Yesterday, 'window shopping' for bike and this morning another peep at the bikes. Well...between RM450.00 and RM1K you can get a good bike. If you think that you are serious and one day you will convoy with the the "Otai', it is worth to spend and you ride with pride. But, for me? I am still contemplating....my wife suggest to go for the good one...one that can last long. That would mean an investment of more than RM2K. Looking at my shape now, i need to act fast before it get worst. I cannot look at my self on the mirror. Horror!! Man....i am big but at wrong place. Get in shape and buck up.
I will ride and definitely need to stretch myself.....

Khamis, 4 Mac 2010

Kebun Bapak Mertuaku...

Berbudilah pada tanah....itulah motto Bapak Mertuaku. Saban tahun masa mudanya Bapak Mertuaku rajin menanam pokok buah-buahan di kebun yang kami panggil "Pinggir".. memang tanah tu ter'pinggir' sikit; jauh daripada rumah mertuaku dekat Tras. Aku memang suka bab-bab makan buah ni. Tambah pulak kalau durian memang aku pantang. Pantang jumpa! Tapi tahun 2010 ni memang rezeki baik...pokok durian, pokok langsat, pokok dokong, pokok duku langsat, pokok duku....semuanya berbuah. Bukan sikit tapi penuh dahan-dahan pokok tu aku tengok. Tapi Bapak Mertuaku tak berapa larat ke kebun nak tengok hasil pokok-pokok yang ditanamnya. Aku ambil gambar tapi tak sempat tunjuk kat dia lagi.
Tapi kalau yang paling bestnya...Mak Mertuaku pakar buat tempoyak. Memang ada kelas punya tempoyak. Aku kalau kena tempoyak Mak Mertaku memang aku tak perasan isteri aku lalu kat belakang. Aku suruh isteriku simpan 'standby' kalau aku nak makan sambal tempoyak. Anak aku suka makan gulai tempoyak. Bini aku suka masak sambal kerang tempoyak.
Alhamdullillah kerana Allah murahkan rezeki tahun ini. Puas anak beranak, menantu, cucu makan durian dan berjenis-jenis langsat. Cuma cicit Bapak Mertuaku dan Mak Mertuaku yang pertama belum sampai ke "pinggir' lagi. Dengarnya nak melancung ke New Zealand pulak dulu. Aku akan tetap 'melancung' dengan Ford Lynx aku ke kebun Bapak Mertuaku. Pokok durian yang aku tanam kat Sungai Kenong pun berbuah dengan lebatnya. Terima kasih, Bapak! Moga Allah panjangkan umur Bapak Mertuaku.



Wuduk sebelum solat

Sedang aku basuh kaki aku waktu ambil wuduk....aku teringat satu masa aku mandikan mayat...tak ingat saper. Baru aku sedar yang sebenarnya basuh kaki itu waktu kita ambil wuduk itu mengingatkan aku pada kematian. Basuh kaki tu bukan sekadar alirkan air kat kaki atau letak kaki bawah paip tu sahaja. Tapi bila kita basuh dan gosok kaki kita baru kita sedar bahawa satu hari nanti orang yang "mandikan" kita akan gosok kaki kita untuk membersihkan kotoran walaupun pada zahirnya kaki itu bersih.
Oleh itu waktu kita masih hidup ini dan masih boleh basuh kaki kita sendiri, ambil lah wuduk dan solat. Sebab waktu ambil wuduk itu sendiri mengingatkan kita.
Jangan nanti orang lain ambilkan wuduk untuk kita tapi kita tak boleh nak solat.

Selasa, 2 Mac 2010

Majlis ilmu....

Ceramah Ustaz Dr Hj Muhd Zahazan di Masjid Al Mukarramah, Bandar Sri Damansara menarik minat semua jemaah yang diadakan selepas sembahyang Maghrib. Alhamdullillah, Ustaz menyatakan kelebihan orang yang berada dalam majlis ilmu. Antara nikmat nya adalah:
1. mendapat rahmat Allah
2. mendapat Sakinah - ketenangan dalam keluarga
3. nama akan disebut-sebut di kalangan malaikat
Bersyukur aku dapat bersama dalam majlis itu dan belajar untuk menambahkan ilmu.
Insya Allah, semoga Allah terus mengurniakan rahmat dan nikmat bagi keluarga ku...Amin.

Isnin, 1 Mac 2010

Semakin banyak katak melompat bila hujan turun.

Kedengaran lagi beberapa ekor katak melompat masuk 'balik' ke dalam tong yang semakin penuh dengan kekotoran. Atas apa sekali alasan, katak-katak ini memang suka bergelumang dengan najis. Ingatkan dulu dah tak lagi duduk dalam tong itu. Tapi bau yang 'meloyakan' dari tong itu memberikan nikmat yang tidak terhingga sehingga sanggup 'terjun' kembali untuk bersama katak-katak yang telah dulu terjun kembali ke dalam tong. Walaupun hujan turun dengan lebat tapi tong itu akan terus penuh dengan kekotoran dan akan terus melimpahkan kekotorannya disekeliling tong itu. Air hujan itu tidak akan dapat membersihkan tong itu yang sememang terlalu kotor dan menjijikkan. Tapi biarlah katak-katak yang asalnya dari tong yang kotor itu kembali ke 'tempat asal'nya. Kerana katak yang asalnya memang busuk tidak akan menjadi wangi walaupun duduk lama diluar tong. Bersyukur kerana katak-katak ini menyedari hakikat itu dan melompat balik.

Ahad, 28 Februari 2010

Sememangnya aku berminat dengan Hijau.


Tanpa aku sedari, hijau semakin dekat dengan aku. Langsir rumahku hijau. Dinding warna hijau. Karpet yang baru pun hijau. Blog aku warna hijau. Apakah secara kebetulan atau aku memang suka warna hijau. Stiker hijau juga aku tampal pada cermin kereta dan aku bangga. Walaupun aku bukan ahli lagi.

Kemana hala tuju 2.

Pagi ini lari dari routine biasa untuk sarapan pagi. Kena mee kari di Restoran Rasamas di Bandar Baru Sungai Buloh. Isteri dan anak pekena kuih teaw goring. Ada yang kurang pagi ini di restoran itu. Kebiasaannya akan ada seorang yang sibuk memberi "arahan" kepada pekerja-pekerja disitu. Pagi ini sunyi dan tiada kedengaran suara "tolong kemas meja 3"..."antar teh O meja depan"..... Selepas itu pasar tani Paya Jaras menjadi destinasi. Ahhh...semakin ramai peniaga mengambil peluang berniaga di tapak ini. "Macam dah jadi pasar malam macam ari Sabtu jer" keluh isteri ku. Peniaga yang menjual anak pokok tiada kelihatan begitu juga peniaga buah nangka.

Rancangan hari Ahad ini adalah untuk bertandang ke rumah sepupu isteri di Kuang. Makan tengahari sambil berjumpa Pak Teh yang kebetulan turun dari Frazer Hill (kawasan kedai di naik taraf). Mendukung Alif, anak sepupu (betul ker?). Lantas selepas kenyang dan sebelum mata mula mengantuk, destinasi seterusnya-------> SEPINTAR.

Anak yang menuntut di sekolah itu dah menunggu dan terus ke kantin mengisi perut. Anak bungsu aku berselera meratah ayam goreng walaupun tadi begitu berselera makan berlauk ikan masak tempoyak (empat kali tambah....).

Aku masih belum 'melawat kawasan' minggu ini...ku pecut Kia Caren isteri ku melalui lebuhraya dan "rumah hinggap" di SU hala tuju ku. Berpusing pusing disekitar kawasan perumahan mencari idea untuk 'renovate'.

Puas 'melawat kawasan' menderu enjin untuk balik ke Bandar Sri Damansara. Terperangkap dalam 'jam' dan aku berfikir apakah tahap kesabaran manusia yang tidak sabar sentiasa mau 'cepat sampai'....Bagaimana nanti di Padang Masyar. Apakah semua mahu cepat dihitung....Kedinginan petang bila bumi disirami hujan menyejukkan perjalanan ini. Hala tuju ku....rumah ku syurga ku. Isteri......termenung memikirkan apa yang harus dimasak.

Sabtu, 27 Februari 2010

Kemana hala tuju.

Hari ni dah hari Ahad dan esok kerja semula setelah 4 hari cuti (aku cuti hari Khamis). Hari Jumaat menghadiri perayaan Maulidur Rasul di Masjid Al Mukarramah, Bandar Sri Damansara. Masjid yang hampir dengan rumah dan masjid yang kerap aku kunjungi pada waktu Maghrib. Isyak pula aku bersembahyang di Surau kecil dalam rumah yang kusiapkan untuk keluarga bersembahyang jemaah. Semalam sabtu cuma duduk dirumah dan isteriku menghadiri kursus haji bersiri di masjid. Hanya sebelah petang ke pasar tani di Paya Jaras. Itulah routine kalau hari Sabtu. "Mat" yang menjual ikan kembali berniaga setelah dua minggu bercuti..semalam dia menceritakan kisah "percutian"nya yang kena menghantar tebu ke utara. Selepas itu isteri singgah di kedai menjual karpet dan sempat menyambar dua helai karpet. "Terima kasih abang" kata isteriku yang tersenggih gembira dapat karpet baru. Aku hanya senyum kecil. Malam nya pergi ke pasar Chow Kit cari petai (ulam kegemaran aku) dan juga kerdas. Isteri aku mengomel pasal mangga yang rasa masam tapi beli juga untuk mengambil hati peniaga tu.
Hari ini aku akan kembali dengan routine pagi...breakfast tapi isteri dah tanya "ada ker kedai lain untuk gi breakfast?". Tempat biasa Restoran Kasturi tidak menjadi pilihan nya pagi ini. Aku tak kisah di mana mana..janji perut aku kenyang.

Tangan Yang Menghayun Buaian...

Tangan seorang ibu bukan hanya menghayun buaian, tetapi tangan itu yang memegang senduk menyediakan juadah di rumah untuk suami dan anak-anak. Tanggungjawab seorang isteri dan ibu tidak pernah selesai mulai dari pagi hingga lewat malam. Ummi...ibu kepada anak anak ku adalah insan yang paling aku kagumi. Ummi tetap setia dan tidak pernah jemu memasak masakan kegemaran anak anak nya.










Masakan yang siap disediakan oleh Ummi untuk hidangan makan malam ini. Terima kasih..isteri yang aku cintai, ibu kepada anak anak ku.

Tok Guru Nik Aziz Bersamaku Bila Aku Memandu..


Setiap hari "Tok Guru Nik Aziz" mengajar aku untuk bersabar dan berhemah setiap kali aku memandu kereta Ford Lynx. Tok Guru yang berada di belakang ku akan mengingatkan bahawa aku harus memandu dengan cermat dan bersabar dengan kerenah pemandu lain di atas jalanraya. Aku tidak mahu pemandu lain menuduh aku seorang pemandu yang "gelojoh" biarpun "Tok Guru" ada bersama.


Terima kasih Tok Guru....

Jumaat, 26 Februari 2010

Dari basikal ke kapcai.

Ini basikal-basikal kepunyaan anak-anak. Masih berkeadaan baik. Tetapi tidak diselenggara dengan elok. Hanya yang 'kuning' masih memberikan khidmat, yang lainnya hanya menunggu waktu. Apakah akan diperbaiki atau menjadi besi buruk sahaja?













Inilah Kapcai lama...Masih boleh digunakan walaupun cukai jalan telah lama tiada. Anak anak berebut nak menunggang kapcai ini. Basikal hanya bila kunci kapcai ini disorokkan. Begitulah kehidupan ini.










Dulu anak anak berebut nak basikal...sekarang berebut nak motor kapcai. Dan mula pasang angan-angan kereta mana nak dipandu pulak lepas ini. Begitulah kehidupan. Berubah kepada yang lebih baik. Mungkinkah iman kita meningkat juga. Insya Allah.

Kursus Haji Bersiri

Isteri ku telah mendaftar untuk menunaikan haji pada tahun ini. Insya Allah dan aku yakin dia akan tergolong dalam kumpulan yang akan berada di Padang Arafah pada Hari Wukuf nanti. Aku yakin Allah akan menerima dia sebagai Tetamu Istimewa seperti aku menjadi tetamu pada musim haji yang lepas.

Dia, yang kami panggil Hajjah, telah mula mengikuti kursus haji bersiri yang diadakan di Masjid Ak Mukarramah, Bandar Sri Damansara mulai dari 20 Feb 2010 (hari ulangtahun kelahiranku). Dia begitu bersemangat menghadiri kursus ini dan aku akan tetap menjadi 'pemandu' yang akan setia menghantar nya ke masjid. Kursus selama 16 siri ini akan menjadi 'platform' untuk nya mempelajari dengan lebih mendalam mengenai bab-bab haji. Aku tidak berkesempatan untuk mengikuti kursus bersiri ini sewaktu aku menunaikan haji pada tahun 2009. Hanya buku "Travelog Haji : Mengubah Sempadan Imam" nukilan Prof Muhd Kamil Ibrahim yang banyak mengajar aku disamping pengetahuan yang aku timba daripada ahli keluarga, sahabat dan juga 'pengalaman' mereka yang telah menunaikan haji yang terpapar di Internet.

Insya Allah, aku yakin Allah akan membantu isteriku dan aku yakin dia akan ke Tanah Suci tahun ini. Abang tetap berdoa untukmu sayang.

Maulidur Rasul, 26 Feb 2010

Sedikit pengetahuan yang dicatatkan dari ceramah di Masjid Al Mukarramah, Bandar Sri Damansara sempena Maulidur Rasul.

Cinta kini ku lafazkan.....

Nabi Muhammad s.a.w mengajar ummatnya supaya kasih dan sayang diantara satu sama lain. Kita harus bersatu padu dan wajib kita mengingat Allah pada setiap masa. Akan tetapi, manusia bila diberikan kekayaan dan kesenangan akan mudah lupa pada Allah.

Bagaimana kita hendak mempraktikkan kecintaan kita pada Nabi Muhammad s.a.w

Lima perkara untuk kita praktikkan.

1. Tunaikan hak-hak tertentu
2. Menuntut ilmu
3. Menjaga solat
4. Mengikut sunnah Nabi
5. Mengikut syariat Allah

Kain batik lopeh....

Kain yang selalu orang gunakan bila berlaku kematian...apakah fungsi kain ini yang lebih kepada menutup si mati sedangkan kematian itu berlaku kepada semua manusia. Kain yang menutupi mayat dari kepala hingga kaki. Ingatlah wahai anak Adam...kita semua akan merasai kematian.