Jumaat, 26 Februari 2010

Kursus Haji Bersiri

Isteri ku telah mendaftar untuk menunaikan haji pada tahun ini. Insya Allah dan aku yakin dia akan tergolong dalam kumpulan yang akan berada di Padang Arafah pada Hari Wukuf nanti. Aku yakin Allah akan menerima dia sebagai Tetamu Istimewa seperti aku menjadi tetamu pada musim haji yang lepas.

Dia, yang kami panggil Hajjah, telah mula mengikuti kursus haji bersiri yang diadakan di Masjid Ak Mukarramah, Bandar Sri Damansara mulai dari 20 Feb 2010 (hari ulangtahun kelahiranku). Dia begitu bersemangat menghadiri kursus ini dan aku akan tetap menjadi 'pemandu' yang akan setia menghantar nya ke masjid. Kursus selama 16 siri ini akan menjadi 'platform' untuk nya mempelajari dengan lebih mendalam mengenai bab-bab haji. Aku tidak berkesempatan untuk mengikuti kursus bersiri ini sewaktu aku menunaikan haji pada tahun 2009. Hanya buku "Travelog Haji : Mengubah Sempadan Imam" nukilan Prof Muhd Kamil Ibrahim yang banyak mengajar aku disamping pengetahuan yang aku timba daripada ahli keluarga, sahabat dan juga 'pengalaman' mereka yang telah menunaikan haji yang terpapar di Internet.

Insya Allah, aku yakin Allah akan membantu isteriku dan aku yakin dia akan ke Tanah Suci tahun ini. Abang tetap berdoa untukmu sayang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan