Sabtu, 27 Februari 2010

Kemana hala tuju.

Hari ni dah hari Ahad dan esok kerja semula setelah 4 hari cuti (aku cuti hari Khamis). Hari Jumaat menghadiri perayaan Maulidur Rasul di Masjid Al Mukarramah, Bandar Sri Damansara. Masjid yang hampir dengan rumah dan masjid yang kerap aku kunjungi pada waktu Maghrib. Isyak pula aku bersembahyang di Surau kecil dalam rumah yang kusiapkan untuk keluarga bersembahyang jemaah. Semalam sabtu cuma duduk dirumah dan isteriku menghadiri kursus haji bersiri di masjid. Hanya sebelah petang ke pasar tani di Paya Jaras. Itulah routine kalau hari Sabtu. "Mat" yang menjual ikan kembali berniaga setelah dua minggu bercuti..semalam dia menceritakan kisah "percutian"nya yang kena menghantar tebu ke utara. Selepas itu isteri singgah di kedai menjual karpet dan sempat menyambar dua helai karpet. "Terima kasih abang" kata isteriku yang tersenggih gembira dapat karpet baru. Aku hanya senyum kecil. Malam nya pergi ke pasar Chow Kit cari petai (ulam kegemaran aku) dan juga kerdas. Isteri aku mengomel pasal mangga yang rasa masam tapi beli juga untuk mengambil hati peniaga tu.
Hari ini aku akan kembali dengan routine pagi...breakfast tapi isteri dah tanya "ada ker kedai lain untuk gi breakfast?". Tempat biasa Restoran Kasturi tidak menjadi pilihan nya pagi ini. Aku tak kisah di mana mana..janji perut aku kenyang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan